Wednesday 20 November 2013

#Miss SomeOne#

Tatkala bersendirian,
Rindu itu datang menjenguk,
Hatiku meraung menjerit kesakitan, 
Tanpa disedari,
Mutiara jernih membasahi pipi,
Lantas tangan ini membantu pipi yang kelemasan dek kerana mutiara itu,
Tetapi,
Apakan daya,
Mutiara jernih itu lebih pantas bekerja sehinggakan tangan tiada daya untuk membantunya,
Lalu,
Hati terdetik untuk melakukan sesuatu,
Kaki seolah memahami apa yang tersirat di hati,
Sepantas kilat ia mencari solusi,
Dengan rasa rendah diri dan hina,
Tangan ini menadah dan memanjat doa kepada ilahi agar hati mendapat ketengan dan kedamaian yang dicari selama ini.

*Sesungguhnya rindu itu sakit*

"Ya Allah,kau ampunilah doasa abahku, kau jauhkanlah abahku dari seksaan kubur dan api nerakaMU. Kau tempatkanlah dia dalam kalangan org yang beriman dan kau temukanlah kami di syurgamu kerana tiada lagi perpisahan selepas itu." Amin.

Maha Esa

Tidak semua harus diluahkan,
Tidak semua harus digambarkan,
Cukuplah sekadar menyimpan rapi perasaan itu, 
Biarlah ia menjerit,menangis meronta-ronta di lubuk itu,
Usahlah meraih simpati,
Kerana,
Simpati akan datang sejenak sekadar untuk mengetahui gelora yang melanda diri,
Cukuplah sekadar berkongsi dengan yang maha Esa,
Kerana,
Maha Esa tidak akan melupakan atau mengabaikan setiap tangan yang menadah memohon kepadaNYA.

Sunday 13 October 2013

Mid Term Break

Assalammualaikum... Semua sihat? Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menghayati kecantikkan semulajadi di muka bumi ini.
Lama x update. Bukannya apa, sebelum ni ada ja entry yang nak tulis x jadi sebab x idea sgt nk tulis. So, membusuk lah entries tu dlm draf. hehehehe

Mid term break dah start.*joget-joget
X sampai sebulan di Indera Kayangan dah balik Darul Aman. hurmmm
Hurmm lah sgt. Padahal Yaaahoooooo!!! *lompat tinggi-tinggi
Sehari sebelum balik, SAWAN mcm nak gila, 
Mau x sawan, kalut dok siapkan lab report.
Itulah akibat kalau buat kerja last minute.

Balik kali ni, hanya mengambil masa selama 1jam setengah.
Terima kasih bebanyak kpd Nur Qistina Hanis (classmate) sbb tumpangkan aku.
Selalunya naik bas, mau 5jam. Padahal Perlis-->Sungai Petani ja pun.
Dah mcm p keyyyeel dah. 
Kematu/kebas punggung  aku. hewhew. 

Sampai ja dirumah, terus merehatkan diri yang letih ini. *bajet gila. bukan drive pun
Malam,terus ja terus keluar untuk mencari sumber rezeki untuk dimakan. 
Pizza hutttt....(nada ala mcm iklan tuh)
Cheesy bites TRIO.The latest pizza x la awesome sgt. Aku nk makan pizza bukannya apa,
Craving for the salad. yummmmyy
Sebab dah kenyang, tgk gambar pun jadi x lalu.

Masa panas ja sedap. Sejuk. No komen. heheh

The best salad ever :)


Baru sehari ja sampai dah mcm2 aktiviti dilakukan.
Al-maklumlah, aku mempunyai tentatif yang perlu diikut. hahahaha (By the way, I love to do it)
Walaupun letih,aku sanggup sekiranya itu dapat mengembirakan org di sekelilingku.
Biasalah,awal2 cuti ni enjoy sepuasnya.
Sehari sebelum nak balik PERLIS (UniMAP dihatiku) baru nak menggelupur buat assignment.
Banyak kot assignment nak kena settle. 
Banglo (lukis guna autocad), TITAS (ulasan video), Fundamental of environmental engineering (mini project), dan banyak lagi lah.
Aku pun terkonfius seketika bila banyak sgt assignment ni, 
Cuti seminggu ka sebulan????
hahahahah. 
X pa lah, nama pun student. Haruslah kan?
Ok lah, nnt aku update lain yerr.. 
Semoga semua envy's enjoy cuti ni, dan dalam masa yg sama, siapkan semua assignment yg diberi.

Bubbbyee. 
See you all again.
Assalammualaikumm.





Sunday 22 September 2013

New Semester New Intention New Life


Assalammualaikum. Hello! Lamanya x buat entry. Tangan ni rindu pulak nak menaip.
Masuk sekarang dah 3 minggu berada di sem yang baru.
Biasalah,mula2 sem x berapa nk sibuk lagi sebab x dak lagi kuiz,test,lab bagai.
Tunggu lah sebulan lebih nnt,
x sempat tgn ni nak taip entry dah,asyik kena buat lab report ja. 

New Semester
Not bad. 20 jam kredit. Susah2 pulak tuh. #thermodynamic #fliud mechanic and hydraulic
aduh. kacau mari
dah la aku lemah bab kira2 ni.
X pa, aku anggap ini cabaran sem ni,
hidup tanpa cabaran mana ada "life"
hahahaha

New Intention
Macam sem2 lepas jugak,
Akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat pointer yg terbaik.
Awal sem mmg lah,
Bila dah nk hbis sem, mesti ayat ni ja yg akan aku guna
"Janji LULUS ja, x mau repeat"
hahahahhaha.

New Life
For this semester we have to change our house.
So, I've a new housemate and roommate.
Says Hello *sambil lambai2 sikit* to Azimah,Husni,Dila,Ira, Sha and Fifa.
Tapi, aku rindu Farina sgt2. Dulu study sama2. Sekarang dia tercampak di Tmn semarak.
~jauh dimata dekat dihati~
Tapi, x pa still boleh jumpa sebab rumah kami dekat.
Disini, nk buat penghargaan sikit dekat my new roomate, Sha.
Terima kasih banyak2 sha sbb sanggup tidur atas. *walaupun sha takut nak risiko kan nyawa dia*
hahahahaha
aku tetap menghargainya. 

Okay. Nnt aku cerita lagi apa yg menarik berlaku dlm sem ni.
Semoga perjalanan sem ini lebih baik dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.

Senyum, x perlu kata apa-apa.



Byeeee. See you again






Thursday 29 August 2013

End Of Semester Break

Tudiaaaaaa...
Bersawang kot. Lama x update.
Sekarang 30/8/2013 masih lagi dlm mood raya kan?
ok then, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :D
Maaf zahir dan Batin. :)
Baru ja selesai dftar kos. *huhhhh lega
20 jam kredit tuh, x termasuk ko-k lagi
Apapun jgn merungut, bersyukur sebab dpat belajar lagi.
 
Minggu depan la balik perlis. Padam muka Aidid. X dak sapa nk layan dia main dah lepas ni.
Cuti kali nih aku x keja.
Mak aku x bagi. Katanya senang nk bawa dia p jejalan.
Aku nk keja takot x dak duit.
Then she's said " Awat kak x dak mak ka nk bg duit?", terpaku aku seketika.
Mmg lar, tapi dah 21 kot, aku malas nk susahkan mak.
Tapi mak dah nk bg kalau aku x keja, tunggu lagi. Sauk ja lah. *tadi kata malu tuh
 
Apa2 pun terima kasih mak dan abah sebab telah membesarkan kakak dengan sempurna baik dari segi agama,pendidikan dan segalanya lah. Hanya ALLAH S.W.T saja dpt membalas semua jasa mak dan abah.
Sayang mak ngan abah INFINITY...
 
Ok, cuti 3 bulan mcm2 aku buat.
Makanan jgn nk kta, semua aku masak. Teringin ja beli brg masak.
*mau badan x besar
Dan aku dah tunai jnji aku ngan aidid ngan baby bawa p carnival.
Aku pun mandi jugak. Mana x nya, harga tiket mahal. (cuti sekolah)
 Rugilah x mandi.
My cousin and Ijan ikut jugak (jiran. dari kecik lagi. so, x seganlah)
Ok lah, dah melalut pnjang2 pulak. Tgk ja lah gambar.
 
Baby dengan baju renang nya...











 
 


Wednesday 10 July 2013

Ramadan Al-Mubarak



Assalammualaikum :)
Salam Ramadan Al-Mubarak
Tadah Tangan
Ya Allah ya tuhanku, Semoga ibadah puasa tahun ini (2013) mendapat keberkahan Mu dan dapat menjalankan ibadah tahun ini dengan sempurna.Amin

Tudiaaaaa
Bersemangat sekali, walaupun tahun ni kali kedua menunaikan ibadah puasa tanpa abah,
Tapi bg aku, qasa mcm baru semalam ja sahur bersama abah,
Abah sentiasa dekat dengan aku, 
"Ya Allah di bulan yang mulia dan penuh barakah ini, aku mohon padamu, kau hijabkanlah pintu2 dosa kami sekeluarga, dan kau buka kanlah pintu pahala buat kami, supaya kami sekeluarga dapat bertemu di syurgamu". AMIN.
Dah2, jgn sedih. Pelangi akan muncul seusai hujan turun.

Alhamdulillah, syukur x terhingga kepada Allah,
Result exam dah keluar,and guys this result is better than previous semester even though this semester mmg susah sbb 21 jam kredit. 
"Man jadda wa jadda"
Siapa usaha pasti akan dapat, dan ini membuahkan hasil.
Aku mmg try all out for this semester and I get it.
Terima kasih kepada mak (Siti Aishah Md Din) kerana x henti doakan kakak, adik2, lecterur, and off coz to all my fren
 ( Envy's crew, Farina, Awin, Jay dan ......) *sapa2 yg bg tunjuk ajar
YOU ALL the best, I cannot stand without your support.
Semoga semangat sem ini, boleh dibawa ke sem 3 
(yahooooooo, 2nd year dah) *senior dah beb
Jgn harap aku nk join xtvt korang. 1st year kan ada...kahkahkah :D *gelak jahat
Thumb up

Semua kejayaan ini, dapat setelah berusaha+doa+tawakal
Dan ianya adalah rezeki drpd Allah. 
Tanpa pertolongan daripada pencipta,kita tiada apa2.

oKay.. Esok 1st ramadan
X larat dah nk type. Lagi pun dah lewat, nk sahur nnt.
Jumpa lagi. 
Bye.. (Lambai sikit)

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat.
Daripada Nur Zahafarina Bt Mohd Zaki dan Keluarga.




Monday 27 May 2013

FAST 6

Assalammualaikum,
Best 'GILER', Dasyat, Teruja, Kagum dan segalanya lah,
Itulah perasaan sebelum dan selepas tgk Fast And Furious 6,
Mmg TERBAIKLAH... *thumb up

Kalau lah Justin Lin ni kawan aku,
mau ja aku suh dia buat Fast7 cepat2,
x sabaq aku nk tengok.
Jalan cerita yang best disamping pelakon2 nya yg kacak dan hebat.
Aksi dia mmg best lah *walaupun x logik sgt kadang2 tuh*
Walaupun x logik, yg tuh yg best.

And the most important thing is, 
Aku tgk cerita ni FREE OF CHARGE. 
(yeeaaahhh.lompat tinggi2)
My Lovely Mum yang treat. *hug & kiss mak laju2*
Terima kasih sgt2.
Asalnya,aku nk p tgk ngan adik aku, 
Adik aku tetiba malas pulak,aku x kesah pun nk p sorang2,
sbb aku minat sgt cerita ni (cerita aksi pilihan aku)
Tapi, mak aku mcm kesian pulak,
So, dia pun kata nk teman aku,
Adik2 aku apa lagi,
Gelabah la. (kalut ja depa siap dan nk p jugak)

So,harapan aku lepas ni
aku harap sgt Justin Lin lepas ni sambung dengan Fast7
dan aku harap dia masih kekalkan 
The Rock (Hobbs), Paul Walker (Brian), Michelle Rodriguez (Letty),  dan Vin Diesel (Toretto)
yg lain x dak pun x pa
Diorang harus ada sbb favourite actor and actress. 

Okeylah, nnt kita cerita-cerita lagi ya...
Bye (^_^)V
Peaceeee yol


mood : Rasa mcm nk p tgk lagi 

The Best



Antara action yg hebat


Paul Walker/ Vin Diesel please be mine ^_^